Ciri-ciri Pelomedusa subrufa

Pandangan sisi, menampakkan bahagian kuku dan bawah badannya

Secara purata, kura-kura ini bersaiz kecil, iaitu sekitar 20 cm (7.9 in) panjang. Namun terdapat juga spesimen yang saiznya mencapai 32.5 cm (12.8 in). Mempunyai karapas berwarna hitam atau coklat. Manakala bahagian atas ekor dan kaki-kakinya berwarna coklat kelabu. Perutnya pula berwarna kekuningan.

Kura-kura jantan mempunyai ekor lebih panjang dan tebal berbanding betina. Kura-kura betina memiliki karapas yang lebih luas. Seekor anak kura-kura yang baru menetas boleh mencapai saiz 3 cm (1.2 in) panjang, dan berwarna zaitun hitam. Mereka juga mempunyai dua tuberkel di bawah dagu dan kelenjar kesturi pada bahagian karapasnya.

Genus Pelomedusa tidak memiliki plastron berengsel. Walau bagaimanapun, kesemua spesies dari keluarga Pelomedusidae, mempunyai ciri-ciri seperti engsel dimana mereka boleh menyembunyikan kepala dan kaki hadapannya dengan menggunakan otot yang ada pada plastron dan karapas. Kura-kura ini memiliki otot leher yang kuat dan panjang menjadikan ia lebih mudah menterbalikkan badannya semula jika terbalik menggunakan kepala.[2]

Kajian terkini mengesahkan Pelomedusa mengandungi sekurang-kurangnya 10 spesies yang berlainan.[3]

Rujukan

WikiPedia: Pelomedusa subrufa http://news.nationalgeographic.com/2015/10/151008-... http://snakes-n-scales.com/crocodile-turtle/ http://www.cnah.org/pdf_files/851.pdf http://fossilworks.org/bridge.pl?a=taxonInfo&taxon... http://www.irmng.org/aphia.php?p=taxdetails&id=103... http://www.iucn-tftsg.org/wp-content/uploads/file/... https://www.itis.gov/servlet/SingleRpt/SingleRpt?s... https://www.ncbi.nlm.nih.gov/Taxonomy/Browser/wwwt... https://animaldiversity.org/accounts/Pelomedusa/ https://eol.org/pages/791177